Menu untuk 4 orang.
Nasi Dagang:
Beras Siam – 3 cawan
Beras Pulut – 1 cawan
Daun Pandan – 2 helai
Santan – 1 cawan pekat & 2.5 cawan cair
Bawang Merah – 5 biji (mayang)
Halia – 2 inci (mayang)
Halba – 1 sudu kecik penuh
Garam – 1 sudu kecik penuh
Mula-mula basuh beras ngan pulut sampai betul2 bersih. lepas tu rendam sekali semalaman dengan air. paginya bila dah nak start masak, buang air rendaman tu. then mula la kukus sekali beras ngan pulut tu. kukus sampai masak(tips: sampai kluar wap. lepas sminit kluar wap tue, angkat la) then, gaul beras+pulut tu dengan santan cair. masuk sikit2. kalau tgk dah sebati, jgn dituang lak kesemua santan tu. make sure beras+pulut tue dah start kembang. lepas tu, kukus balik. kukus hingga masak. ahaha
dalam seminit dua(tgk2 laa kalau wap dah keluar)dah boleh angkat. masukkan nasi+pulut tue dalam bekas. bawang+halba+halia di gaul betul2. lepas tue, nasi+pulut tu digaul dengan campuran bawang+halba+halia dan jugak dengan santan pekat. make sure santan pekat nie dah di campur dengan garam. dan pastikan santan nie masin. mula laa lagi sekali proses menggaul(arong) beras+pulut dengan bawang+halba+halia dengan santan pekat.bila dah macam sebati, tekan-tekan nasi ni biar wap dier tak keluar. pastu tutup laa ngan tudung. so nasi dagang da siap. 
Gulai Ikan:
Seekor ikan aya@tenggiri
Santan – dalam 4 cawan (agak2 sebanyak kuah yg di mahui)
Rempah kari ikan – setengah sahaja
Bawang merah – 4 ulas
Bawang Putih – 1 ulas
Halia – 5mm
Lengkuas – suku inci & sehiris(dalam 2mm jer)
Kunyit – suku inci & sehiris(dalam 2mm jer)
Asam Keping – 2 keping
Cili besar – 1 biji
Cili padi – 5 biji
Cili Kisar – 4 sudu
Garam
Mula-mula bersihkan ikan. potong laaa ikan tue sesedap yg diinginkan. then, masukkan ikan dalam periuk bersama dengan lengkuas suku inci, kunyit suku inci asam keping 2 keping dan garam 3 sudu besar. masak dengan api kecil. bila dah masak, padam api. lepas tu sejukkan. tumbuk kunyit+lengkuas+bawang merah+bawang putih. bila dah sejuk, bancuh rempah kari ikan tue dengan air kosong. kemudian, tumis barang2 yg ditumbuk tadi, masukkan ikan yg dikukus, tuang santan dalam periuk ikan, dan masukkan rempah yg dah dibancuh itu. bila dah menggelegak, bukan kuali kat sebelah, dan tumis cili kisar tadi sampai masak. tuang cili kisar yg dah masak tue kedalam periuk gulai. lepas tue masukkan cili padi dengan cili besar(tak payah potong) masukkan garam sesedap rasa(ikan dah already masin)
tunggu sejuk sikit baru hidang. bila nak hidangkan tue, panaskan laa balik.
Acar Timun:
Sebiji Timun – Sederhana Besar
Sebiji Lobak Merah – Sederhana Besar
Sebiji Bawang Besar – Juga Sederhana Besar
Cuka
Gula
Garam
Potong timun(buang biji nya), lobak merah, dan bawang besar ikut kretiviti sendiri. lepas tu masukkan garam sesudu kecil, gula 2 sudu besar dan cuka setengah mangkuk kecil(jgn lebih sgt, jgn kurang sgt). gaul gaul.. then siap
aper lagi, makan laa
So siap laa nasi dagang yg aku blajar aritue.. ahaks best2..